Kegagalan musim lalu inspirasikan Arsenal

Saturday, July 9, 2011
Situasi mereka yang hampir memenangi gelaran pada 2010/11 diyakini oleh Arsene Wenger sebagai bakal memperkuatkan semangat skuad didikannya.


Oleh Dede Sugita

Pada dasarnya umum mengetahui bahawa kemarau trofi bagi Arsenal telah berlaku dengan begitu lama yang mana berlaku setelah enam musim beserta kegagalan musim lepas.

Penyokong kelab Utara London tersebut turut gelisah menanti trofi pertama mereka sejak Piala FA 2005. Apatah lagi apabila pada musim lepas skuad the Gunners hanya tinggal selangkah lagi untuk menyudahkan kemarau tersebut.

Malangnya, keputusan akhir Piala Liga menentang Birmingham disudahi dengan kekecewaan bagi pihak Arsenal. Walaupun begitu, pengurus Arsene Wenger tidak pernah putus asa untuk memandang secara positif setiap keli menjelang musim baru.

Situasi hampir meraih gelaran pada 2010/11 diyakini Arsene Wenger sebagai bakal membakar semangat skuad didikannya.

“Telah saya katakan berulang kali bahawa kami sangat hampir untuk memenangi sesuatu pada musim lepas, walaupun pada akhirnya kekecewaan yang kami dapat,” kata Wenger kepada Tribalfootball.

“Saya harap itu mampu membakar semangat dari para pemain saya,” sambungnya.

“Pada waktu itu kami begitu hampir [dengan trofi], sekarang kami ingin kembali dan menggapainya.”

“Oleh kerana itu, ia tanggungjawab saya untuk tidak kehilangan pemain kemudian menambah beberapa pemain baru yang berkualiti untuk membuat kami lebih perkasa.”

“Saya berharap agar kami mampu membawa satu atau dua pemain tambahan dengan kualiti terbaik,” akhir Wenger.


(Sumber: http://www.goal.com/)