Lille meriahkan pengejaran Sergio Canales

Thursday, July 7, 2011
Kelab juara dari Ligue 1 itu mengikut jejak Arsenal, Roma, Schalke, Aston Villa, dan Everton.


Oleh Dede Sugita

Gagal berkembang kerana kekurangan peluang bermain di Real Madrid, Sergio Canales diyakini akan keluar dari Santiago Bernabeu.

Kelab yang mencuba untuk menandatangani pemain penyerang berusia 20 tahun itu pun bukan sedikit. Selain barisan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Arsenal, Everton, dan Aston Villa, Bundesliga dan Serie A turut menginginkannya seperti Schalke 04 dan AS Roma.

Kini, khabar yang semakin meluas menyatakan bahawa ada minat yang datang dari pasukan juara dari Ligue 1 2011, OSC Lille. Les Douges bakal bermain dalam Liga Juara-juara pada musim depan, oleh sebab itu jurulatih Rudi Garcia turut berniat untuk menambah kekuatan skuad.

Bahagian tengah dijangka sebagai bahagian yang akan diperkuat, dan Garcia beranggapan bahawa Canales adalah pemain yang tepat untuk menambah kreativiti.

Canales, yang sebenarnya baru dibawa masuk ke Madrid pada musim lepas dari Racing Santander, akan semakin sukar untuk mendapatkan peluang bermain di bahagian depan kerana skuad Los Merengues sekali lagi akan membawa pemain-pemain baru seperti Nuri Sahin dan Hamit Altintop.

Dua pilihan yang mungkin boleh dilakukan oleh pemain yang mendapat gelaran juara Piala Eropah U-17 bersama Spanyol pada 2008 itu adalah keluar secara kekal ataupun dengan status pinjaman.


(Sumber: http://www.goal.com/)