Mathieu Valbuena diperhatikan Arsenal

Wednesday, July 6, 2011

Mathieu Valbuena akan menjadi sasaran perpindahan Arsenal jika Samir Nasri meninggalkan kelab, menuru sebuah laporan di Perancis.

Kebanyakkan isu dalam beberapa hari ini tertumpu kepada aktiviti perpindahan musim panas Arsenal termasuk kemungkinan perpindahan keluar Nasri, Cesc Fabregas, Gael Clichy, Andrey Arshavin serta Theo Walcott turut dikaitkan dengan perpindahan.

Walau bagaimanapun, bos the Gunners turut menyediakan rancangan untuk membawa masuk beberapa pemain termasuk pemain tengah Marseille Valbuena.

Wenger diketahui salah seorang peminat pemain kebangsaan Perancis tersebut dan akan membawanya kepada kelab jika Nasri benar-benar meninggalkan Arsenal, lapor L'Equipe.

Pembawaan pemain tersebut akan memaksa Arsenal berbelanja besar, dengan nilai pemain Marseille berusia 26 tahun tersebut melebihi £20 juta.

Beberapa rancangan lain Arsenal kelihatan lebih meyakinkan dan mereka kini hampir kepada perjanjian untuk menandatangani penyerang Lille dari Ivory Coast, Gervinho dan telah memberikan tawaran kepada pemain tengah Velez Sarsfield, Ricardo Alvarez.

The Gunners turut dilaporkan berminat kepada pemain pertahanan Newcastle Jose Enrique, pemain pertahanan tengah Bolton Gary Cahill dan pemain sayap Aston Villa, Stewart Downing.


(Sumber: http://www.metro.co.uk/)