Manuel Almunia dan Nicklas Bendtner sedia tinggalkan Arsenal

Saturday, July 9, 2011

Penyerang Arsenal Nicklas Bendtner dan penjaga gol Manuel Almunia difahamkan akan berbincang dengan kelab lain untuk perpindahan keluar dari Emirates. Kedua-duanya tidak akan menyertai skuad 23 orang pemain yang akan bertolak ke Asia pada Ahad untuk jelajah pra-musim mereka. Bagaimanapun, Samir Nasri, yang terus dikaitkan dengan Manchester United, akan mengikuti perjalanan tersebut.

Pemain kebangsaan Perancis telah menjadi buah mulut mengenai spekulasi perpindahan pada musim panas ini, tetapi pengurusnya, Arsene Wenger terus-menerus menyatakan bahawa dia mahu terus mengekalkan kedua-dua pemainnya [Nasri dan Cesc Fabregas] untuk kekal, yang mana ketua pasukan Arsenal tersebut terus dikaitkan dengan Barcelona. Walaupun Fabregas tidak akan menyertai jelajah tersebut kerana masalah kecederaan, Nasri akan menyertai kumpulan itu untuk ke Malaysia dan China.

Almunia memulakan musim lepas sebagai pilihan utama namun kehilangan posisinya kepada Wojciech Szczesny.Bendtner yang menyertai akademi Arsenal pada 2005, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Benfica.

Penyerang Lille Gervinho masih belum menyempurnakan perpindahannya ke Arsenal pada masa jelajah Asia tersebut.


(Sumber: http://www.guardian.co.uk/)