Barcelona tidak tergesa-gesa untuk Cesc Fabregas

Thursday, July 7, 2011
Barcelona akan menguji kesabaran mereka dengan menunggu perkembangan terakhir perpindahan ketua pasukan Arsenal itu.

Oleh M Yanuar F

Barcelona mengakui akan menunggu sehingga detik-detik terakhir pasaran perpindahan musim panas untuk mendapatkan Cesc Fabregas dari Arsenal.

Barcelona sudah mengajukan tawaran mencapai 35 juta poundsterling untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu, namun Arsenal belum bersedia melepas dengan nilai tawaran tersebut.

Pihak Barcelona telah pun menyatakan bahawa akan menunggu sehingga ke detik terakhir pasaran perpindahan musim panas untuk mendapatkan ketua pasukan didikan mereka itu.

"Pengalaman sejak beberapa tahun yang lalu dan juga pada musim lalu menunjukkan kepada kami bahawa kami memiliki waktu sehingga ke detik terakhir sebelum musim bermula," ujar wakil presiden Barcelona Josep Bartomeu, pada Khamis.

"Kami membawa masuk pemain di minit-minit terakhir pada musim lalu. Kami punyai pasukan terbaik di dunia, jadi kami boleh sedikit bersabar."

"Tidak perlu terburu-buru, kami punya waktu hingga detik terakhir," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)