Gael Clichy: Manchester City lebih perkasa dari Arsenal

Wednesday, July 6, 2011
Untuk tampil stabil, sebuah kelab harus memiliki skuad dalam jumlah besar.


Oleh Gunawan Widyantara

Pemain baru Manchester City tidak menunggu lama untuk mengeluarkan komen pedas terhadap bekas kelabnya dengan mengatakan The Citizens lebih kuat dari Arsenal.

Perkara tersebut diutarakan oleh Clichy selepas merujuk hasil terakhir yang diperoleh oleh kedua-dua klub.

"Penampilan saya pada musim lalu adalah bersama Arsenal. Ia agak kemas pada awal kejohanan, namum tersungkur di babak akhir, terutama setelah akhir Piala Liga," kata Clichy.

"Perkara seperti itu sering terjadi di dalam bolasepak. Inilah alasan yang paling kuat untuk sesebuah kelab patut memiliki jumlah pemain yang ramai."

"Robin van Persie dan Cesc Fabregas tidak dapat bermain pada waktu itu dan di masa itu Arsenal sangat menderita."

"Memang kadang-kala sukar untuk mengatur pasukan dengan jumlah skuad yang besar kerana kita harus mengorbankan seseorang. Tetapi sebuah kelab memerlukan itu semua untuk tampil stabil. Inilah alasan mengapa saya memutuskan untuk  City."

(Sumber: http://www.goal.com//)