Milan buru Chu-Young

Thursday, July 7, 2011

AC Milan memulakan ‘perlumbaan’ merebut penyerang Monaco, Park Chu-Young apabila Ketua Eksekutifnya, Adriano Galliani disahkan berjumpa ejen Chu-Young, baru-baru ini.

Pemain Korea itu sebelum ini turut menjadi buruan dua kelab lain iaitu Lille dan Dynamo Kiev selepas Chu-Young menyatakan hasratnya berhijrah dari Monaco bagi bersaing dalam Liga Juara-Juara UEFA.

Sebelum ini, Pengerusi Lille Michel SeyDoux mengesahkan bakal mengadakan pertemuan rasmi dengan pemain berusia 25 tahun itu dalam tempoh terdekat.

“Dari mana asal pemain itu tidak menjadi keutamaan kami. Yang penting kami hanya melihat prestasinya ketika bersama kelab lain,” katanya.

Monaco dikatakan meletak sejumlah 8 juta (RM34.8 juta) bagi mana-mana kelab yang mahukan pemain itu.

Chu-Young sebelum ini menjaringkan 12 gol turut menerima tawaran daripada kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Bolton. 


(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/)