Ingin penjelasan, Samir Nasri temui Arsene Wenger

Thursday, July 7, 2011

Pemain Arsenal yang ingin meninggalkan kelab, Samir Nasri, dilaporkan akan melakukan pertemuan dengan jurulatih Arsene Wenger untuk membincangkan masa hadapannya di Stadium Emirates.

Dilaporkan bahawa beberapa media Inggeris, pada Kamis, Nasri akan melakukan pertemuan hari ini, yang juga merupakan hari pertama yang akan dimulakannya dengan latihan pra-musim Arsenal.

Pertemuan itu turut melibatkan keputusan Arsenal yang telah menolak beberapa tawaran kelab lain untuk mendapatkan Nasri. Sedangkan Nasri sendiri telah menyatakan keinginannya untuk keluar dalam waktu dekat.

Nasri sendiri masih memiliki kontrak bersama Arsenal sehingga satu musim lagi. Perkara itu telah dijadikan alat bagi kelab lain untuk mengajukan tawaran kepada Arsenal.

Sementara itu Arsenal memilih untuk mempertahankan pemain berasal dari Prancis itu dengan harapan untuk memperbarui kontraknya secepat mungkin.

Namun jika Nasri, dari hasil pertemuan bersama Wenger nanti, menegaskan untuk menolak dari menandatangani kontrak baru, saga perpindahan dirinya akan memiliki cerita yang berbeza.


(Sumber: http://www.goal.com/)