Fulham Ajukan Penawaran Untuk Jeffren Suarez

Thursday, July 7, 2011
Fulham menjadi pasukan pertama yang mengajukan tawaran rasmi untuk pemain Barcelona Jeffren Suarez.


Oleh Tegar Paramartha

Fulham diberitakan bahawa telah mengajukan tawaran rasmi kepada Barcelona untuk pemain muda mereka, Jeffren Suarez.

Pemain pasukan kebangsaan U-21 tersebut sebenarnya telah dikaitkan dengan kelab besar seperti Liverpool dan Arsenal, tetapi Sport melaporkan bahawa Fulham telah mengajukan tawaran rasmi dengan jumlah €8 juta untuk Jeffren.

Jeffren berharap dia dapat bertahan di Camp Nou, tetapi ayahnya diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa dia tidak termasuk dalam rancangan Pep Guardiola pada musim hadapan dan dia harus segera mencari kelab baru.

Dan walaupun Jeffren dipantau oleh pasukan-pasukan besar, tetapi Fulham adalah satu-satunya pasukan yang mengajukan tawaran pertama untuknya.


(Sumber: http://www.goal.com/)