Johan Djourou berharap skuad Arsenal tetap fokus

Thursday, July 7, 2011
Johan Djourou menilai musim depan Arsenal dapat meraih gelar juara.

Oleh Tegar Paramartha

Pemain pertahanan Arsenal Johan Djourou menyatakan bahawa skuadnya tidak boleh terganggu dengan khabar-khabar angin yang berkembang di media berkaitan masa depan Cesc Fabregas.

Seperti yang diketahui, nama ketua pasukan Arsenal tersebut kini kerap menjadi bahan utama dalam media seiring dengan perkembangan masa depan dirinya. Tetapi Djourou menegaskan bahawa pasukannya harus tetap fokus untuk menjalani pra-musim daripada memikirkankan pasaran perpindahan.

"Kami mengetahui akan ada cerita sedemikian tetapi kami tahu apa matlamat dan tujuan utama kami," ujar Djourou seperti yang dipetik oleh Tribal Football.

"Kami ingin meraih kejayaan jadi kami tidak boleh terlalu terganggu oleh perkara sebegini. Jika dia (Fabregas) keluar, maka dia keluar."

Dan Djourou menyatakan bahwa musim depan adalah waktunya untuk Arsenal meraih kejuaraan. "Musim lalu kami terlalu hampir untuk meraih trofi, tetapi juga sangat jauh. Ada perkara yang telah hilang, tetapi tidak begitu banyak," ujarnya.

"Sukar mengatakan apa yang hilang. Kami memiliki pemain yang masih muda dan yang akan berkembang. Pengalaman sangat penting, tetapi jika sekarang anda melihat pasukan ini, kami telah berada di sini dalam waktu yang panjang, jadi bukan alasan lagi bila kita mengatakan kita tidak berpengalaman."


(http://www.goal.com/)