Cesc beritahu rakan pasukan bahawa tidak akan bermain untuk Arsenal lagi

Thursday, July 7, 2011
Pemain antarabangsa Spanyol tersebut dilaporkan memberitahu rakan skuad the Gunners bahawa dia telah bermain untuk perlawanan terakhirnya untuk kelab, untuk menyertai kelab sejak kecilnya Barcelona

Cesc Fabregas memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia akan meninggalkan Arsenal pada musim panas ini, menurut the Sun.

Fabregas pada waktu ini dikaitkan dengan begitu kuat mengenai perpindahan ke Barcelona dan perjanjian kesepakatan hampir sempurna.

Arsenal telah menolak tawaran awal Barcelona untuk Fabregas yang telah dilaporkan dengan jumlah harga £40 juta diletakkan kepada ketua pasukan mereka itu, bayaran yang mana tertalu tinggi daripada bajet perpindahan Barcelona.

Pemain kebangsaan Spanyol itu merupakan sasaran jangka masa panjang Barcelona, dan perjanjian antaranya hampir berlaku pada musim lepas, namun kini ia kelihatan akan sempurna untuk dia kembali ke kelab sejak kecilnya itu.

Fabregas meninggalkan Barcelona pada usia 16 tahun dan melakukan penampilan utamanya dalam Liga Perdana setahun kemudian, dan terus meletakkan dirinya dalam skuad utama the Gunners sejak itu.


(Sumber: http://www.goal.com/)