Manchester City selangkah lagi dapatkan Samir Nasri

Saturday, July 9, 2011
Arsenal dikhabarkan sudah mencapai kesepakatan dengan City untuk melepaskan Nasri.


Oleh Henry AA

Arsene Wenger baru saja menyatakan bahawa akan berusaha keras untuk mempertahankan dua pemain handalannya, Nasri dan Cesc Fabregas yang diburu oleh beberapa buah kelab lain.

Namun begitu ia tidak berkuasa untuk menahan keinginan kelabnya yang menerima tawaran yang cukup besar daripada City. Menurut Sky Sport Itali, City memberi tawaran dengan nilai £22 juta yang diterima oleh pihak Arsenal.

Pemain berasal dari Prancis itu akan menerima gaji lebih dari £100 ribu seminggu, jauh lebih besar sebagaimana yang diterimanya di Arsenal. Jurulatih Roberto Mancini sudah lama mengkagumi gaya permainan Nasri.

Sepanjang musim lalu, Nasri tampil dengan permainan yang mengesankan bersama the Gunners. Namun ia menolak tawaran untuk memperpanjangkan kontrak menyebabkan kelab-kelab besar lain seperti Chelsea, Manchester United dan AC Milan mula melakukan pemburuan ke atasnya.

Seandainya dia berjaya menyertai City, maka Nasri akan menjadi pemain kedua Arsenal selepas Gael Clichy yang menyertai kelab yang akan memulakan penampilannya dalam Liga Juara-juara nanti.


(Sumber: http://www.goal.com/)