Clichy dedahkan penolakkan Reds

Friday, July 8, 2011
Pemain pertahanan itu memberitahu bahawa wang bukan sebab keluar dari Arsenal


Oleh Patrick Haond.

Gael Clichy menyuarakan bahawa dia telah menolak tawaran Liverpool dan Roma untuk menyertai Manchester City.

Pemain kebangsaan Perancis tersebut telah menyempurnakan perpindahan £7 juta dari Arsenal pada minggu ini untuk menandatangani perjanjian empat tahun bersama kelab Eastlands.

Pemain berusia 25 tahun tersebut mengakui bahawa dia telah berbincang dengan pengarah bolasepak Liverpool Damien Comolli berkenaan perpindahan ke Anfield, manakala Roma turut menjanjikannya tawaran yang menarik untuk berhijrah ke Italy.

Bagaimana pun, Clichy mengatakan bahawa dia telah membuat keputusan untuk bersama dengan Manchester City kerana dia mahu terus bermain untuk Liga Juara-juara UEFA dan memperoleh trofi.

"Dengan Liverpool, hubungan yang dijalinkan sangat serius," beritahu Clichy kepada L'Equipe. "Saya menerima panggilan daripada Damien Comolli, saya mengenalinya untuk beberapa ketika.

"Dalam masa yang sama, AS Roma turut mengejar, dengan projek mereka yang sangat menarik serta tawaran yang mengagumkan. Namun saya mahu menerukan kerjaya saja dalam Liga Perdana.

"Saya sukakan permainan bolasepak di sini. Lebih-lebih lagi, City memberikan peluang untuk bermain dalam Liga Juara-juara sekali lagi. Saya tidak pasti samada ia akan terus begitu untuk dua musim akan datang, tetapi yang pastinya pada musim depan saya akan menyertainya."

Clichy also refuted suggestions he only joined City for financial reasons.Clichy turut menolak bahawa penyertaannya ke City adalah kerana tawaran lumayan,

 "Wang? Saya mungkin memperoleh nilai yang sama jika di Liverpool. Gaji seorang pemain pertahanan tidak begitu mengujakan," tambahnya.

"Saya memahami bagaimana orang lain berfikir bahawa wang merukan kunci utama. Tapi ia bukan faktornya."

"Manchester City adalah sebuah kelab besar, dengan jumlah skuad yang ramai, matlamat kelab yang mahu bersinar dalam setiap kejohanan.

"Adakah saya berputus asa tidak memenangi apa-apa trofi di Arsenal? Tidak. Saya tidak tahu jika City mampu memenangi apa-apa, mungkin Arsenal akan memenanginya pada musim akan datang."

"Namun saya percaya City mempunyai senjata yang lebih baik.

"Di Arsenal, pengakhirannya sangat mengecewakan. Kami terus berada di semua kejuaraan sehingga bulan Mac dan selepas kami tewas dalam Piala Liga, segala-galanya hancur.

"Mungkin tawaran Manchester City begitu lewat, maka saya tidak mahu memikirkan terlalu banyak."


(Sumber: http://www.skysports.com/)