Dani Alves memahami situasi Cesc Fabregas

Thursday, July 7, 2011
 Alves mengaku memaksakan kepergiannya dari Sevilla tiga tahun lalu.


Oleh Dede Sugita

Waktu terus berjalan, tetapi impian Cesc Fabregas untuk kembali ke Barcelona belum juga menjadi kenyataan.

Sejak dua musim terakhir ini, hajat ketua pasukan Arsenal itu untuk berbakti kepada kelab masa kecilnya sudah dihidu media. Los Azulgrana juga tidak pernah berhenti menyatakan bahawa mereka menginginkan Cesc mengenakan jersi biru-merah.

Namun, perbincagan di antara kedua-duanya masih belum menunjukkan hasil persetujuan. Namun begitu, situasi yang sama turut pernah dialami oleh Dani Alves.

Enam tahun berkhidmat bersama Sevilla, pemain pertahanan kanan itu mengaku dirinya berat untuk keluar dari Ramon Sanchez Pizjuan yang akhirnya tercapai pada 2008 lepas.

“Seorang pemain seharusnya tidak terkejut jika kelabnya kecewa apabila anda pergi, kita harus peka,” kata pemain berasal dari Brasil itu di Tribalfootball.

“Saya memberatkan hati saya untuk keluar dari Sevilla," tambah pemain yang kini menjadi tulang belakang skuad Catalan itu.

"Saya fikirkan bahawa ‘latihan’ saya sudah berakhir dan saya tidak boleh membiarkan peluang yang ada pergi begitu sahaja.”


(Sumber: http://www.goal.com/)