Gervinho jalani ujian medik di Arsenal

Wednesday, July 6, 2011
Pemain Ivory Coast tersebut hanya tinggal selangkah lagi untuk meneruskan proses perpindahannya ke Arsenal.


Oleh M Yanuar F

Tahap demi tahap proses perpindahan Gervinho ke Arsenal akan segera selesai. Pemain berasal dari Ivory Coast itu dipercayai akan segera berhijrah ke London dari Lille OSC dalam minggu ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Lille dan Arsenal telah mencapai kata sepakat untuk harga perpindahan Gervinho. Yang tertinggal pada waktu ini hanyalah berkenaan dengan kesepakatan antara Arsenal dengan pemain.

Laporan terakhir dari sumber dalam Arsenal memberitahu bahawa Gervinho sudah tiba di halaman the Gunners untuk menjalani ujian medik. Jika semuanya berjalan dengan lancar, pemain tersebut akan segera menandatangani kontrak untuk jangka masa empat musim.

Mengenai masalah kontrak itu sendiri, dikhabarkan bahawa pihak di Arsenal dan Gervinho masih membicarakan berkenaan bonus yang akan diperoleh oleh pemain. Manakala untuk nilai gaji, ia sudah mencapai kata sepakat.

(Sumber: http://www.goal.com//)