Gael Clichy sertai Manchester City demi gelaran

Wednesday, July 6, 2011
Clichy melihat kelab barunya berkembang semakin besar dari masa ke semasa.


Oleh Dede Sugita

Gael Clichy mengungkapkan latar belakang keputusannya meninggalkan Arsenal guna merapat ke Manchester City.

Pemain pertahanan kiri yang baru menandatangani kontrak empat tahun di Eastlands mengakui perpindahan tersebut dilakukannya kerana dia bercita-cita mahu merebut gelaran, dan kecenderungan ke arah positifnya telah diperhatikan City dalam beberapa tahun terakhir.

“Saya menyertai City kerana saya ingin menangkan sesuatu, dan Anda sering terbina melalui persaingan,” kata pemain berusia 25 tahun itu dalam laman rasmi The Citizens.

“Agak sukar, tetapi saya tidak sabar menantinya. Saya sangat bersemangat, stadium ini [City of Manchester] sangat megah dan saya ingin segera bertemu dengan rakan-rakan sepasukan.”

“Ini kehidupan baru buat saya, bab baru, tapi saya bersedia menghadapinya kerana ini sesuatu yang menakjubkan.”

“Tahun demi tahun kita dapat melihat City berkembang semakin kuat,” lanjut Clichy.

“Mereka selalu membawa masuk pemain baru, skuad ini besar, tapi bukan hanya tentang kuantiti sahaja.”
“Nama-nama yang ada di sini sangat luar biasa, terdapat sekelompok pemain dari luar negera bersama beberapa pemain-pemain Inggeris, dan itulah perkara yang sangat penting. Peminat di sini menguja dan mengagumkan. Saya berharap agar empat tahun ini akan menghasilkan sesuatu yang sangat besar,” tambahnya.

(Sumber: http://www.goal.com//)