Miyaichi dalam skuad Arsenal di Jelajah Asia

Saturday, July 9, 2011

Oleh Giuseppe Muro


Arsène Wenger telah mendakwa bahawa Ryo Miyaichi akan berada dalam skuad Arsenal yang akan mengikuti rombongan Asia dan berkata bahawa pemain itu akan bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama musim depan.
Pemain penyerang dari Jepun itu telah mendapat perhatian selepas persembahan memberangsangkan semasa dipinjamkan ke Feyenoord musim lepas dan telah menyertai rakan-rakan barunya di London Colney minggu ini untuk persediaan kempen yang baru.


Selepas melihat Miyaichi secara dekat, Wenger berkata bahawa dia akan memasukkan pemain berusia 18 tahun tersebut untuk Jelajah Asia pada Ahad ini.

"Dia di dalam perancangan kerana dia berkualiti," kata jurulatih dari Perancis itu kepada Arsenal.com. "Kami mahu memberi dia peluang untuk dia tunjukkan kualitinya dan saya rasakan semua ingin mengetahui kelebihannya bermain di Asia nanti.

"Saya kagum dengannya secara peribadi [dan] ia adalah peluang keemasan baginya untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai bakat untuk bermain bersama kelab bolasepak Arsenal.

"Dia telah melakukannya dengan cemerlang di Fayenoord dan kami menerima banyak berita yang baik mengenainya. Tentu akan menarik melihat dia bermain.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)