Wenger: 'Saya akan lakukan apa saja untuk kekalkan Cesc dan Nasri'

Saturday, July 9, 2011
 

Oleh Richard Clarke

Arsène Wenger telah mendakwa bahawa akan melakukan apa sahaja asalkan dia boleh mengekalkan Cesc Fabregas dan Samir Nasri di Arsenal.

Kedua-dua pemain tengah tersebut telah dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates pada musim panas ini namun, bercakap dalam slot Arsenal Player pada petang Jumaat, pengurus tersebut menceritakan keinginannya untuk mengekalkan khidmat mereka.

“Kedudukan kami amat jelas, kami mahu mengekalkan Cesc dan akan melakukan sedaya upaya asalkan dia kekal", kata Wenger.

“Samir Nasri juga begitu. Kami akan lakukan apa saja untuk mengekalkannya.”

Nasri dijangka akan berangkat bersama skuad Arsenal ke Malaysia dalam permulaan jelajah Asia mereka namun begitu Fabregas mengalami kecederaan yang memaksa untuk dia tidak menyertainya.

Emmanuel Eboue turut diragui mengalami kecederaan.

“Jika boleh, kita akan membawa skuad yang terbaik,” kata Wenger. “Fabregas tidak akan menyertainya kerana dia masih mengalami kecederaan kecil. Dia akan tinggal dan berlatih di sini. Kita masih ragu-ragu terhadap Eboue yang turut mengalami kecederaan.”

Arsenal.com berharap agar dapat merencanakan perjalanan penuh mereka pada petang Sabtu nanti.


(Sumber: http://www.arsenal.com/)