Scholes tidak nampak matlamat Arsenal

Wednesday, July 6, 2011

Oleh James Goldman

Bekas bintang Manchester United Paul Scholes percaya keinginan untuk Arsenal mendapat gelaran pada musim hadapan akan hancur sebelum ia bermula apabila Samir Nasri dan ketua pasukan Cesc Fabregas mengikuti jejak pemain pertahanan kiri, Gael Clichy keluar dari kelab.

Pemain kebangsaan Perancis tersebut telah mengakhiri kerjasama lapan tahun bersama kelan Utara London tersebut dua hari lepas dengan menandatangani pemegang juara Piala FA, Manchester City dengan perrjanjian melebihi  £7 juta.

Fabregas, yang akan tiba untuk latihan pra-musim di London Colney semalam, terus-menerus dikaitkan dengan pengembaliannya ke Barcelona, manakala Nasri menolak untuk terus memanjangkan kontraknya yang akan berakhir pada musim hadapan dan telah menarik minat daripada Manchester United.

Dan Scholes, yang mana akan menyertai kakitangan latihan di United pada September berkata: "Mereka memang bermain bolasepan terbaik yang seronok ditonton, namun apa maknanya jika tidak memenangi apa-apa? Bukan itu sahaja, mereka berpotensi untuk kehilangan pemain mereka, melalui [Cesc] Fabregas, [Samir] Nasri dan [Gael] Clichy.

Arsenal hanya mampu bermain dengan memperdayakan. Mereka bermain bolasepak dengan cara terbaik namun mereka tidak selalunya mendapat keputusan yang baik sebagaimana yang mereka mahu. Ia tidak sesekali menggangu saya jika orang berkata bahawa mereka adalah pasukan bolasepak terbaik kerana, apabila mereka melakukannya, kami memenangi banyak perlawanan."

Pengurus Arsenal akan bertemu dengan kedua-dua pemain tengahnya yang berkeinginan untuk berpindah itu untuk memujuk mereka agar kekal namun kelihatan ia akan menjadi sia-sia.

Clichy, 25, dalam pada itu yang mana merupakan pemain terakhir yang tinggal dalam kemenangan Arsenal pada 2004 tanpa kekalahan, kini dalam perjalanan untuk menyertai bekas rakan sepasukannya Patrick Viera dan Kolo Toure di Eastlands.

Katanya: "Saya sangat gembira untuk menyertai sebuah pasukan yang hebat. Saya tidak sabar untuk ianya bermula dan saya rasakan segala-galanya mungkin dengan pasukan ini.

City bagaimanapun semalam dikejutkan dengan khabar bahawa penyerangnya Carlos Teves akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata: "Ia merupakan sebuah kesalan yang besar untuk memberitahu Manchester City bahawa saya akan meninggalkan kelab. Saya berharap agar semua orang memahami keadaan sukar yang saya hadapai tinggal berjauhan dengan keluarga saya."


(Sumber: http://www.cityam.com/)