Aly Cissokho gantikan Gael Clichy?

Wednesday, July 6, 2011
Arsenal perlu mengeluarkan £11 juta untuk mendapatkan Aly Cissokho.


Oleh Aditya Ramadhan

Arsene Wenger, jurulatih Arsenal, dikhabarkan sedang memantau Aly Cissokho -- pemain pertahanan Olympique Lyon -- untuk menggantikan posisi Gael Clichy.

Sumber di Lyon menyebutkan bahawa Wenger telah menghubung Lyon, dan menyampaikan niatnya untuk mendapatkan khidmat Cissokho. Namun begitu tidak dapat dipastikan bagaimana reaksi di Lyon.

Clichy telah meninggalkan Stadium Emirates. Dia dibeli oleh Manchester City dengan harga £7 juta. Jika Wenger serius menginginkan Cissokho, Arsenal harus mengeluarkan jumlah dalam lingkungan £11 juta untuk mendapatkannya.

Cissokho adalah bekas pemain pertahanan FC Porto. Dia pernah menjadi sasaran AC Milan, namun perpindahannya gagal.

Kini dia masih terikat dengan kontrak tiga musim bersama Lyon. Jika Lyon tidak mahu melepasnya, Cissokho tidak mampu berpindah.

(Sumber: http://www.goal.com//)