Jan Vertonghen tolak Arsenal & Manchester City

Wednesday, July 6, 2011
Vertonghen tidak ingin melepaskan peluang untuk bermain dalam Liga Juara-juara, dan menganggap Ajax kelab yang tepat.

Oleh Donny Afroni

Pemain pertahanan Jan Vertonghen menegaskan bahawa dia sedia untuk terus kekal di Ajax Amsterdam untuk beberapa musim akan datang, berikutan peluang bermain dalam Liga Juara-juara bersama gergasi Belanda itu lebih besar.

Sebelum itu, Vertonghen dikaitkan dengan sejumlah kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City. Kenyataan Vertonghen itu secara tidak langsung menafikan rumor perpindahan ke Liga Inggeris.

“Tidak akan ada perubahan satu pun, dan saya akan tetap berada di Ajax untuk beberapa tahun lagi. Saya akan memberi komitmen penuh kepada Ajax. Saya sangat berkeinginan untuk bermain dalam Liga Juara-juara, dan itu sangat penting. Peluang saya lebih memungkinkan di sini,” kata Vertonghen seperti yang dilaporkan oleh laman rasmi kelab.

“Pada waktu ini, tidak ada alasan untuk saya keluar. Saya ingin memenangi gelaran juara Eredivisie sekali lagi. Saya berpendapat skuad ini sudah kukuh, dan seimbang. Sekurang-kurangnya, kami mempunyai dua pemain terbaik di setiap posisi. Kami juga sudah membawa masuk pemain muda berbakat.”

Vertonghen mengikat kontrak baersama Ajax sehingga musim panas 2013. Seandainya ada kelab yang menginginkan khidmat pemain berusia 24 tahun itu, maka mereka harus menyediakan dana dengan nilai minimum €15 juta.

(Sumber: http://www.goal.com//)