Wright akui bimbang pada Arsenal

Thursday, July 7, 2011
Lagenda Arsenal Ian Wright telah mempersoalkan keupayaan Arsene Wenger dalam urusan skuad the Gunners melalui musim perpindahan kali ini yang kian merunsingkan kelab.


Wright, yang telah merasai kejayaan Arsenal di bawah Wenger, merasakan jurulatih Perancis tersebut adalah pengurus terbaik untuk kelab tetapi tidak percaya bahawa dia mempunyai 'naluri pembunuh' yang diperlukan dalam pasaran perpindahan moden.

The Gunners telah kehilangan Gael Clichy dan kini dalam bahaya untuk kehilangan Samir Nasri dan Cesc Fabregas yang akan menurutinya keluar dari Emirates. Senario sebegitu akan meninggalkan Arsenal jauh ke belakang menjelang musim Liga Perdana yang baru dan Wright tidak percaya Wenger akan membuat keputusan-keputusan yang betul mengenai rekrut-rekrut baru.

Dengan Fabregas akan berpindah ke Barcelona, ia terlalu menyedihkan," Wright menulis dalam ruangannya di the Sun. "Bagaimana Arsene Wenger akan menarik minat mana-mana pemain besar ke Arsenal?"

"Ada perkara yang tidak kena jika pemain seperti Clichy merasakan Arsenal tidak cukup bagus untuknya lagi.

"Saya suka melihat jika Wenger diberikan pilihan dalam pasaran perpindahan sebagaimana yang diperolehi oleh Jose Mourinho di Chelsea, atau Andre Villas-Boas dapati.  Sokongan yang sama sebagaimana yang Alex Ferguson nikmati di Manchester United.

"Saya sangat ingin tahu apa yang akan dilakukan dengannya. Namun saya masih ragu-ragu andai dia teragak-agak untuk melakukannya, mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan dan mengambil pemain dari Perancis atau Spanyol yang mana kita tidak pernah mendengar nama-nama mereka.

"Fabregas telah maklum bahawa Arsenal tidak akan bersaing dengan musuh-musuh mereka dalam pasaran perpindahan. Ia telah berlaku sejak beberapa lama namun keseluruhan perpindahan menyangka bahawa mereka sedang berada di dalam sebuah rumah kad. Apabila ada sebuah nama besar menyatakan ingin keluar, yang lain melihatnya dan semuanya akan merundum."

Wright merasakan bahawa Wenger harus menitik beratkan bahagian serangan dan lakukan bidaan pemain dari musuh terbesar mereka.

"Apa yang saya ingin lihat adalah suatu tandatangan yang sangat besar," katanya. "Keluar dan buru pemain seperti Michael Essien. Bawa dia untuk kembali kepada paras terbaiknya dan dia adalah seorang pemain yang bagus, tambahan pula dia adalah pemain Chelsea, salah seorang pemain dari musuh Liga Perdana dan hanya perlu merentasi Sungai Thames.

"Kemudian cari penjaga gol Joe Hart dan Vincent Kompany dan dapatkan kembali apa yang telah dirampas oleh City. Jadikan bolasepak Inggeris berdiri dan diberikan perhatian - tidak hanya pada peminat Arsenal yang hanya dapat melihat cahaya keluar dari kelab mereka."


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)