United dedah rahsia mahu miliki Sneijder

Thursday, July 7, 2011
LONDON - Selepas sekian lama berteka- teki, Manchester United akhirnya menge- sahkan bahawa mereka mahu mendapat- kan khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder.

Malah juara Liga Perdana England musim ini itu menganggap menandatangani kontrak dengan Sneijder adalah satu keputusan tepat dan bakal memberikan im- pak yang positif.

"Kewujudan Paul Scholes (pemain vete- ran United) serta Roy Keane (bekas pemain United) yang baru tidak akan ada.

"Namun saya tidak fikir mana-mana pe- main lain yang lebih sempurna melainkan Sneijder untuk berada dalam pasukan kami (United).

"Saya sudah berada dalam pasukan United untuk satu tempoh yang panjang dan tahu segala perkara yang berlaku dalam pasukan ini baik luar mahupun dalam.

"Berdasarkan kualiti yang dimilikinya, saya akan katakan dapatkan Sneijder," kata jurulatih United, Rene Meulensteen.

Skuad The Red Devils sudah lama mahu membawa masuk Sneijder ke Old Traf- ford dan kali ini yuran perpindahan dianggarkan bernilai £35 juta (RM168.444 juta).

Sneijder yang juga merupakan perancang antarabangsa Belanda, berhijrah dari Real Madrid ke Inter pada 2009.

Bersama Inter, pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting apabila membantu kelab gergasi Itali itu merang- kul kejuaraan treble di bawah kendalian Jose Mourinho. - Agensi


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)