Agen Motta nafi tawaran Arsenal

Friday, July 8, 2011

Agen Tiago Motta menafikan bahawa pemain tengah Inter Milan itu telah menolak tawaran dari Arsenal.

Spekulasi baru-baru ini menyatakan bahawa Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmat Motta untuk menguatkan barisan mereka pada musim 2011-12.

Namun wakit daripada pemain berusia 28 tahun tersebut, Daniele Canovi, telah menyatakan bahawa belum ada sebarang tawaran rasmi dibuat dari the Gunners yang mereka terima.

Canovi memberitahu Gazzetta dello Sport: "Pemain tidak pernah menolak apa-apa tawaran pun dari Arsenal.

"Dia masih mahu kekal bersama Inter Milan dan jika jurulatih (Gian Piero) Gasperini mahukannya, dia akan terus menyarung jersi Nerazzurri.

Motta menyertai Inter pada 2009 dari Genoa dan menjadi tulang belakang kelab dalam memenangi liga dalam Serie A, Coppa Italia serta terlibat dalam kejohanan Liga Juara-juara sejak musim pertamanya.


(Sumber: http://soccernet.espn.go.com/)