Man City beli pertahanan £6 juta yang ditolak Arsene Wenger dengan £2 juta!

Thursday, July 7, 2011

Arsene Wenger mungkin telah melakukan kesilapan setelah menolak untuk membeli pemain pertahanan kebangsaan Montenegro, Stefan Savic semasa dia telah datang ke Emirates pada tahun lepas untuk percubaan selama 10 hari bersama Arsenal, dan kini bos Man City Roberto Mancini meraikan kehadiran Savic di Eastlands semalam dengan perjnajian £6 juta dari Partizan Belgrade.

Dia bermain untuk pasukan dari Serbia, BSK Borca apabila tiba di Arsenal semasa mengikuti percubaan 10 hari pada awal 2010, dan apabila Wenger melihat perkembangannya, Wenger mendapati dia tidak cukup bagus untuk the Gunners dan kemudiannya Savic mendatangani Partizan untuk £2 juta.

Tetapi pemain berusia 20 tahun itu akhirnya mencapai cita-citanya untuk bermain dalam Liga Perdana apabila dia menandatangani untuk menyertai Man City semalam, dan dia kini sedang cuba untuk bermain dalam skuad utama.

"Liga Perdana adalah liga yang terbaik di dunia dan saya gembira untuk berada di sini." katanya. "City mempunyai sebuah pasukan yang hebat dan telah bersama dalam beberapa tahun. Kami mempunyai cukupo kualiti untuk memenangi beberapa trofi."

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, dan penolakan oleh Wenger telah membawanya kepada kemenangan dalam Liga Serbia dan dua kejayaan melalui piala bersama Partizan, dan kini akan bermain dengan sebuah pasukan yang akan menjadi cabaran kepada semua trofi pada musim akan datang.


(Sumber: http://www.footylatest.com/)