Perpindahan Cesc Fabregas disepakati

Sunday, August 14, 2011
Barcelona menyatakan perpindahan Cesc Fabregas hanya menunggu ujian medik


Oleh Agung Harsya

Melalui laman rasminya, Barcelona telah mengumumkan perpindahan Cesc Fabregas dari Arsenal dan sehingga kini mereka hanya menunggu pemeriksaan akhir perpindahan yang akan dilakukan pada Isnin ini.

Perpindahan Fabregas dari London telah terhidu sejak akhir minggu lepas, tetapi kerana maklumat itu dibocori kepada awam, Arsenal memutuskan untuk menunda pengumumannya. Kini, Barcelona telah memastikan perpindahan Fabregas yang hanya tinggal menunggu masa.

"Arsenal dan Barcelona sudah mencapai kesepakatan untuk perpindahan Cesc Fabregas. Kepastian perpindahan itu akan dilakukan setelah ujian medik yang akan dilakukan pada Isnin 15 Ogos," nyata kelab itu.

Jumlah perpindahan Fabregas mencapai €40 juta.


(Sumber: http://www.goal.com/)