Arsene Wenger kritik Joey Barton, bela Gervinho

Sunday, August 14, 2011
Joey Barton dianggap memprovokasi pengadil untuk memberikan kad merah kepada Gervinho


Oleh Henry AA

Debut Gervinho bersama Arsenal berakhir dengan kenangan pahit. Ia bukan sahaja gagal membawa pasukannya meraih kemenangan tetapi juga dihadiahkan kad merah pada babak kedua dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 0-0 itu.

Walaupun begitu, Wenger tetap membela anak buahnya dan mengkritik Barton yang dianggap sengaja memprovokasi Gervinho. Dia juga menganggap pemain Newcastle itu menjadi penyebab Abou Diaby dikeluarkan pada perlawanan musim lepas.

Pada waktu itu Arsenal dan Newcastle bermain dengan keputusan seri 4-4 dan Diaby dikeluarkan setelah menolak Barton sehingga jatuh. Kali ini, Gervinho yang terkena kad merah meskipun Barton sempat menarik jersi pemain berasal dari Ivory Coast itu kerana dianggap melakukan diving.

"Saya berpendapat bahawa kedua-dua kejadian itu ada hubungannya. Dua pemain kami terkena kad merah olehnya. Namun begitu dia hanya mendapat kad kuning, sepatutnya dia juga dikenakan kad merah," tegas Wenger setelah tamat perlawanan.

"Adakah Gervinho melakukan diving? Saya rasa dia memang terjatuh kerana pemain lawan menolaknya dan saya percaya dia tidak melakukan diving. Saya tidak pasti adakah kami patut mendapat sepakan penalti. Saya harus melihat rakamannya kerana saya tidak melihatnya dengan cukup jelas."

"Yang jelas menurut saya, Gervinho tidak patut menerima kad merah. Saya tidak tahu mengapa Barton memegang kostumnya dan menyuruhnya untuk berdiri. Saya fikir dia seharusnya diberikan kad merah tetapi saya rasa pengadil dan penjaga garisan tidak melihatnya dengan jelas."


(Sumber: http://www.goal.com/)