Cesc Fabregas datang, Thiago Alcantara keluar?

Tuesday, August 16, 2011
Roma berniat meminjam pemain berusia 20 tahun yang posisinya kini terancam dengan kehadiran Cesc


Oleh Dede Sugita

Mungkin tidak semua yang berada di Barcelona gembira dengan kehadiran Cesc Fabregas. Salah seorang yang mana posisinya terancam oleh bekas ketua pasukan Arsenal yang dibawa masuk dengan jumlah perpindahan €39 juta itu adalah pemain remaja Thiago Alcantara.

Selama ini, pemain berusia 20 tahun tersebut bermain dengan baik dan telah meledakkan empat gol. Thiago tentu berharap persembahannya itu mampu memberikan kepercayaan untuk kerap diturunkan dalam skuad utama.

Dia akhirnya diturunkan sebagai pemain permulaan dalam perlawanan pertama Supercopa de Espana menentang Real Madrid untuk mengisi tempat Xavi Hernandez yang belum cergas, tetapi itu hanya kesempatannya sebelum Barca secara rasmi mandapatkan Cesc.

Ramai meyakini jurulatih Pep Guardiola akan lebih memprioritikan Cesc berbanding Thiago, dan menurut Sky, situasi ini akan cuba dimanfaatkan oleh AS Roma.

Bos Roma, Luis Enrique, maklum akan kemampuan Thiago kerana pernah melatihnya semasa berada di Barcelona B, dan dia turut berminat untuk menarik pemain tersebut dengan status pinjaman.

I Lupi lebih memilih untuk peminjaman kerana pemuda yang kebetulan lahir di Itali tersebut terikat dengan kontrak jangka panjang di Camp Nou dengan tawaran pelepasan €90 juta.

Jika perkara ini berlaku, Thiago akan kembali ke tanah kelahirannya sekaligus akan bersatu bersama Bojan Krkic dan juga Enrique.


(Sumber: http://www.goal.com/)