Newcastle United berkongsi mata dengan Arsenal

Sunday, August 14, 2011
Gervinho tampil dalam debut pertama bersama Arsenal dengan layangan kad merah.


Oleh Donny Afroni

Arsenal gagal mendapatkan mata penuh pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris 2011/12 setelah bermain seri tanpa gol melawan Newcastle United di Stadium St James Park.

Dalam perlawanan tersebut, pengurus Arsenal Arsene Wenger tidak menurunkan dua pemain yang menghangatkan pasaran perpindahan musim panas ini, Cesc Fabregas dan Samir Nasri, sebagai persiapan menghadapi era baru tanpa kedua pemain tersebut.

Wenger memberikan kesempatan kepada Gervinho untuk menjalani debutnya bersama The Gunners. Namun debut Gervinho diwarnai dengan kad merah, manakala Oxlade-Chamberlain berada di bangku simpanan.
Perlawanan diantara Newcastle dan Arsenal berlangsung agak kasar, terutama pada babak kedua. Selain kad merah untuk Gervinho, pengadil juga turut mengeluarkan lapan kad kuning, lima daripadanya diterima oleh pemain Arsenal.

Arsenal cuba memberikan tekanan dengan memporak-perandakan pertahanan Newcaslte sejak seawal wisel ditiup pengadil. Namun, kreativiti serangan Arsenal dengan mudah dipatahkan oleh barisan belakang Newcastle.

Newcastle yang tampil dihadapan penyokongnya memberikan tindakbalas selepas perlawanan berjalan selama 20 minit. Selepas menyambut umpanan Joey Barton, Jona Gutierrez melepaskan sepakkan deras. Namun sepakannya melebar ke arah gawang Wojciech Szczesny.

Tuan rumah meningkatkan tempo permainan untuk memberikan tekanan di pertahanan lawan. Walaupun demikian, Newcastle tetap tidak mampu membolosi gawang Arsenal, sehingga separuh masa pertama tamat tanpa gol.

Di separuh masa kedua, tekanan diantara permainan Newcastle dan Arsenal semakin meninggi. Terjahan keras dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan untuk mencegah lawan memasuki barisan pertahanan masing-masing.

Seperti yang berlaku pada babak pertama, kreativiti serangan yang berusaha dikembangkan oleh Arsenal dalam melancarkan serangan dengan mudah dihalang. Tidak banyak ancaman yang diberikan The Gunners.

Wenger kemudian memasukkan Theo Walcott menggantikan Andrey Arshavin untuk menambah daya serangan Arsenal. Kehadiran Walcott mampu mengubah permainan Arsenal menjadi lebih baik, tetapi tetap mengalami kesulitan untuk menembusi pertahanan Newcastle.

Pada minit ke-79, Arsenal terpaksa bermain dengan sepuluh orang akibar kad merah yang diterima Gervinho akibat insiden yang melibatkan Joey Barton. Barton menghampiri Gervinho, kerana menganggap pemain yang berasal dari Ivory Coast itu telah melakukan jatuhan badan.

Barton selanjutnya menarik jersi Gervinho. Aksi Barton itu membuat suasana menjadi panas. Pengadil kemudian memberikan kad merah kepada Gervinho, dan kad kuning kepada Barton.

Walau jumlah pemain lebih besar, Newcastle tidak mampu memanfaatkannya dengan maksimum. Hingga wisel panjang ditiupkan pengadil, keputusan seri tanpa gol tidak mengalami perubahan.


(Sumber: http://www.goal.com/)