FA denda Newcastle United & Arsenal

Tuesday, August 16, 2011
FA putuskan beri tindakan terhadap Newcastle United dan Arsenal akibat kekecohan di St James' Park minggu lepas


Oleh Agung Harsya

FA menjatuhkan hukuman kepada Newcastle United dan Arsenal akibat kekecohan antara pemain dalam perwanan kedua-dua pasukan tersebut di St James' Park, Sabtu lalu.

Gervinho menerima kad merah pada minit ke-76 setelah menampar muka Joey Barton. Pada insiden sebelumnya, Barton juga menjadi mangsa dipijak oleh Alex Song. Semua kejadian tersebut tidak terlepas dari perhatian FA.

"Newcastle dan Arsenal dijatuhi denda kerana gagal mengendalikan pemain mereka pada perlawanan Sabtu lalu," demikian kenyataan kesatuan bolasepak Inggeris tersebut.

"Kedua-dua kelab didenda susulan ketegangan antara pemain yang menyebabkan insiden kad merah Gervinho. Arsenal telah mengajukan rayuan karena hukuman tiga perlawanan untuk kad merah Gervinho dianggap terlalu berat."

"Sementara itu, Alex Song dijatuhi hukuman secara berasingan oleh FA akibat perilaku berbahaya pada perlawanan yang sama."

"Kedua-dua kelab mempunyai masa sehingga Khamis, 18 Ogos untuk mengajukan rayuan, sementara rayuan Song akan didengari pada Selasa, 16 Ogos."

Belum disebutkan jenis atau besar hukuman yang dijatuhkan FA karena masih menunggu rayuan yang diajukan kedua-dua kelab.


(Sumber: http://www.goal.com/)