Arsenal hantar Carlos Vela & Pedro Botelho ke kelab La Liga

Tuesday, August 16, 2011
Vela bakal bermain untuk Real Sociedad, manakala Botelho akan memperkuat pasukan promosi Rayo Vallecano


Oleh Dede Sugita

Dua pemain muda milik Arsenal, Carlos Vela serta Pedro Botelho, sekali lagi mengikuti perpindahan pinjaman di Spanyol.

Vela, pemain berusia 22 tahun kelahiran Mexiko yang pada separuh akhir musim lalu dilepaskan sebagai status pinjaman ke West Brom, akan dihantar ke Real Sociedad selama satu musim penuh.

Manakala Botelho (21 tahun, Brasil) bakal menyertai pasukan promosi La Liga, Rayo Vallecano.

Berbeza dengan Botelho yang baru mendapat peluang untuk bermain di Sepanyol untuk musim 2011/12 ini, Vela pernah menikmati ketika yang sama sewaktu memperkuatkan pasukan Osasuna pada 2007/08, juga dengan status pinjaman dari Arsenal.

Meskipun begitu, Botelho juga bukan asing bagi bolasepak Sepanyol. Empat tahun terakhirnya dihabiskan sebagai pinjaman ke Segunda Division, iaitu bersama Salamanca (2007-2009), Celta Vigo (2009/10), dan Cartagena (2010/11).

“Semua di Arsenal Football Club mendoakan yang terbaik buat Carlos dan Pedro dengan kelab mereka masing-masing untuk musim depan,” demikian kenyataan yang dipaparkan dalam laman rasmi the Gunners.


(Sumber: http://www.goal.com/)