Arsene Wenger tidak kejar Juan Mata

Sunday, August 14, 2011
Pengurus Arsenal itu menegaskan bahawa tidak dalam perbincangan perpindahan pemain Valencia ini


Oleh M Yanuar F

Khabar bahawa Juan Mata akan menyertai Arsenal dinafikan Arsene Wenger. Seperti yang dikatakannya, pemain Valencia itu tidak dalam usaha menyertai mereka di Stadium Emirates.

"Kami tidak akan melakukan perbincangan untuk mendapatkan Juan Mata," tegasnya seperti yang dipetik oleh Sky Sports.

"Saya tidak patut memberikan alasan mengenai perkara ini," lanjutnya.

Sebelum ini rancak diperkatakan bahawa Arsenal akan membawa masuk Juan Mata ke London untuk menguatkan kualiti skuad mereka.

Juga ada khabar angin menyatakan bahawa Juan Mata akan menjadi pengganti yang tepat jika Samir Nasri meninggalkan Arsenal pada musim panas ini kerana kedua pemain tersebut memiliki karakter menyerang.


(Sumber: http://www.goal.com/)