Barcelona lengkapkan perpindahan Cesc Fabregas

Monday, August 15, 2011
Barcelona rasmi miliki ketua pasukan Arsenal itu dengan nilai perpindahan mencapai 40 juta euro


Oleh M Yanuar F

Barcelona telah secara rasmi mengumumkan perpindahan kapten Arsenal Cesc Fabregas dalam persetujuan bernilai €40 juta.

Kelabb Katalan tersebut sudah mengejar pemain berusia 24 tahun itu sejak tiga musim lepas dan akhirnya mencapai kesepakatan untuk memperolehinya pada hari Jumaat setelah beberapa minggu menjalani banyak perbincangan bersama kelab utara London tersebut.

Barca mengumumkan kesepakatan mereka dalam laman web mereka dengan mengatakan: "Cesc telah menandatangani kontrak yang akan mengekalkannya di Barcelona sehingga 2016. Dia memiliki pelepasan dari kontrak dengan nilai 200 juta euro."

Sebelum ini, pemain pertahanan Barcelona Carles Puyol dan Gerard Pique sudah memberikan sambutan untuk rakan mereka dalam pasukan kebangsaan Sepanyol itu melalui akuan Twitter mereka masing-masing.

Pique menulis "hari ini akan menjadi hari yang hebat" dan kemudian meyakinkan hasil persetujuan dengan menulis : "Kami kini sudah memilikinya".

Puyol juga menunjukkan kegembiraannya menyambut penyertaan Fabregas dengan menulis: "Selamat datang kembali!!! Gembira melihat dirimu di sini @cesc4official".

Arsenal memerlukan 45 juta untuk Fabregas, namun akhirnya bersetuju dengan nilai yang lebih rendah setelah pemain itu sendiri turut 'menyumbang' lima juta euro yang merupakan nilai ganti rugi dari baki kontraknya bersama Arsenal, dalam tawaran yang diajukan oleh Barcelona sebesar €35 juta.

Persetujuan itu juga mengakhiri salah satu saga perpindahan terbesar dalam sejarah sepakbola. Fabregas sendiri sudah beberapa kali menyatakan keinginannya untuk kembali ke kelab pertamanya. Dia juga mengaku kecewa dengan ketiadaan gelaran yang mampu diperolehinya di Arsenal.

Pep Guardiola juga menyatakan bahawa Fabregas adalah satu-satunya pemain yang diperlukankan untuk mampu melengkapi skuad yang dimilikinya sekarang ini. Sebelum ini Guardiola telah membawa Alexis Sanchez dari Udinese.

Guardiola juga sempat mengatakan kepada Fabregas bahawa dirinya akan menjadi pemain dengan nombor  #4 di Barcelona. Kenyataan tersebut telah disahkan pada musim ini.

Sementara itu Arsene Wenger mengatakan bahawa akan sukar baginya untuk terus mempertahankan Fabregas. Pengurus Arsenal tersebut juga akan kehilangan Samir Nasri, salah seorang pemain yang juga dipantau oleh beberapa kelab teratas Eropah.

Fabregas masih belum bermain untuk Arsenal sejak pra-musim. Dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini menentang Newcastle United, Wenger juga tidak menyenaraikan Fabregas dalam skuad Arsenal.

Jika berada dalam keadaan cergas, Fabregas mungkin bermain untuk Barcelona untuk perlawnan kedua Piala Super Sepanyol di Nou Camp melawan Real Madrid pad pertengahan minggu ini. Dalam perlawanan pertama di Santiago Bernabeu, kedua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2.


(Sumber: http://www.goal.com/)