Samir Nasri mengeluh cemuhan peminat

Tuesday, August 16, 2011
Samir Nasri kesalkan cemuhan pada perlawanan minggu lepas


Oleh Agung Harsya

Melalui akaun Twitter miliknya, Samir Nasri membalas cemuhan peminat pada perlawanan menentang Newcastle United minggu lepas.

Arsenal bermain tidak meyakinkan dan hanya mampu meraih keputusan seri tanpa gol di St James' Park. Nasri sebenarnya tidak diturunkan pada perlawanan tersebut, tetapi dia menjadi sasaran cemuhan para penyokong kerana keinginannya meninggalkan Arsenal.

"Saya dengar peminat menyanyikan sesuatu mengenai saya dan sungguh menyedihkan kerana saya masih pemain Arsenal," ujar Nasri melalui Twitter.

Kontrak Nasri akan berakhir pada musim ini dan dia tidak berminat untuk menandatangani kontrak baru. Manchester City menjadi kelab yang paling berminat untuk mendapatkannya dengan perpindahan bernilai £20 juta.


(Sumber: http://www.goal.com/)