Mauro Zarate tertarik Ke Arsenal

Wednesday, August 17, 2011
Mauro Zarate tidak asing dengan Liga Perdana kerana pernah menyertai Birmingham City


Oleh Aditya Ramadhan

Penyerang Mauro Zarate dilaporkan sedang berusaha untuk meninggalkan Lazio dan mahu meneruskan kerjayanya di London bersama Arsenal.

Corriere dello Sport menyatakan bahawa Sergio Zarate, abang dan agen kepada Mauro Zarate, kini berada di London untuk berbicara dengan pengurusan the Gunners. Sergio juga dijadualkan untuk bertemu Harry Redknapp, jurulatih Tottenham Hotspurs.

Zarate mendapat tawaran daripada Spartk Moskwa, tetapi tidak berniat untuk bermain dalam Liga Rusia. Dia menunggu tawaran dari kelab-kelab Sepanyol dan Inggeris, tetapi masih belum ada yang tertarik untuk mendapatkan khidmatnya.

Lazio sempat mengumumkan bahawa mereka tidak akan menjual Zarate, tetapi Cladio Lotito, presiden Lazio akan mendengar jika ada tawaran menarik.

Zarate berpengalaman dalam bermain di Liga Perdana kerana pernah menyertai Birmingham City. Dia akan cuba untuk kembali tetapi untuk memperkuat Arsenal.


(Sumber: http://www.goal.com/)