Paris St-Germain berpaling kepada Nicklas Bendtner

Wednesday, August 17, 2011
Arsenal hanya akan lepaskan Nicklas Bendtner dengan harga £11 juta


Oleh Aditya Ramadhan

Paris St-Germain masih sibuk dalam mencari penyerang baru, dan kini berpaling kepada Nicklas Bendtner.

Daily Mail memberitakan bahawa pihak pengurusan Paris St-Germain telah menghubungi Arsenal untuk mengajak berunding. Arsenal menyambut baik pendekatan oleh Paris St-Germain tetapi memperingatkan kelab dari Prancis itu bahawa Bendtner hanya akan dilepaskan dengan harga £11 juta.

Alasan Arsenal, Bendtner masih berusia 23 tahun. Jika tidak ada yang berani membeli Bendtner dengan harga yang diharapkan, Arsenal tidak keberatan untuk terus mempertahankannya.

Namun begitu wakil Bendtner sedang berusaha untuk menarik Bendtner ke Stoke City, Newcastle United, dan Sunderland. Malangnya, ketiga-tiga kelab tersebut keberatan untuk mendapatkan Bendtner dengan harga yang diinginkan oleh Arsenal.

Paris St-Germain, yang kini mendapatkan sokongan kewangan dari pengusaha Qatar diyakini tidak keberatan untuk mengeluarkan £11 juta. Namun Bendtner mungkin lebih genar untuk bertahan dalam Liga Perdana.


(Sumber: http://www.goal.com/)