Arsenal miliki Joel Campbell

Friday, August 19, 2011
Penyerang muda berusia 19 tahun itu rasmi jadi milik the Gunners


Oleh Dede Sugita

Arsenal memaklumkan kejayaan mereka dalam membawa masuk penyerang muda Joel Campbell dari Deportivo Saprissa.

remaja berusia 19 tahun itu mula mencuri perhatian setelah bermain cemerlang untuk Costa Rica dalam kejohanan Piala Emas, Jun lalu. Dia telah menjaringkan satu gol semasa negaranya menewaskan Cuba 5-0.

Persembahan terbaiknya kemudian dilanjutkan dalam kejohanan Copa America dan Piala Dunia U-20. Campbell mencatatkan satu dan dua gol dalam setiap kejuaraan tersebut.

“Joel Campbell telah rasmi menjadi pemain Arsenal setelah semua persetujuan formal dan proses yang berkaitan dengan perpindahannya diselesaikan,” demikian pengumuman dalam laman the Gunners.

“Semua yang berada di Kelab Bolasepak Arsenal menyambut dengan gembira penyerang muda tersebut ke dalam kelab dan tidak sabar untuk menanti penglibatannya dalam pasukan.”

Arsene Wenger mengakui bahawa langkah menghadirkan Campbell merupakan sebuah percubaan, tetapi bos Arsenal itu percaya pemain muda tersebut akan dapat membuktikan kemampuannya dalam Liga Perdana walaupun masih kurang dari segi pengalaman.


(Sumber: http://www.goal.com/)

1 Komen:

  1. bUdAkmILo said...:

    dah dijaga dah perform.. SILA JUAL DENGAN HARGA YANG MURAH YAH!!