Arsenal & Chelsea rebutkan Romelu Lukaku

Sunday, July 17, 2011
Arsenal ikut bersaing dengan Chelsea untuk mendapatkan Lukaku.


Oleh Henry AA

Romelu Lukaku tersenarai sebagai seorang pemain muda berbakat yang dikejar oleh beberapa kelab ternama di Eropah. Chelsea sudah lama mensasarkan pemain Anderlecht tersebut yang baru berusia 18 tahun itu.

The Blues tertarik pada Lukaku untuk menggantikan posisi Didier Drogba yang sudah mula meningkat usia. Namun usaha mereka agak terlambat kerana selama ini mereka lebih menumpukan kepada proses pergantian jurulatih.

Pada waktu Andre Villas-Boas baru diumumkan sebagi jurulatih, laporan ESPN menyebutkan bahawa Arsenal turut bersaing dalam mengejar Lukaku. Malah agen pemain tersebut, Christophe Henrotay, dikatakan akan terbang ke London.

Henrotay diyakini akan bertemu dengan wakil Arsenal yang dikhabarkan telah menyiapkan tawaran sebanyak £14 juta untuk mendapatkan pemain yang berasal dari Belgium itu.

The Gunners sebelum ini dilaporkan akan membawa masuk penyerang Lille, Gervinho, yang diakui oleh Arsene Wenger sebagai pemain pertama yang akan dibawa masuk pada musim panas ini.

Situasi terseut telah membuat dua penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner dan Marouane Chamakh, diyakini akan keluar dari Emirates.

Selain Arsenal dan Chelsea, Real Madrid juga dikhabarkan tertarik untuk mendapatkan khidmat Lukaku yang sudah 71 kali tampil dan mencetak 31 gol sejak menyertai Anderlecht pada tahun 2009.


(Sumber: http://www.goal.com/)