Ivan Gazidis: Arsenal sedari kelemahan

Wednesday, July 20, 2011
Arsenal tidak akan beli pemain kerana desakan orang ramai...


Oleh Gunawan Widyantara

Ketua eksekutif Arsenal Ivan Gazidis berjanji kepada para peminat bahawa pihaknya memiliki dana yang cukup untuk membawakan bintang baru ke Emirates dalam jendela perpindahan pemain pada musim panas ini.

The Gunners baru sahaja membawa masuk Gervinho dan Carl Jenkinson, tetapi Gazidis mendakwa bahawa masih ada sasaran lain yang sedang dipantau oleh Arsene Wenger.

"Status Arsenal masih aktif di pasaran," kata Gazidis di laman rasmi kelab.

"Arsenal belum berhenti mencari pemain baru. Namun kami memilih untuk diam dan tidak banyak bercakap. Kami sangat berhati-hati dalam menjalankan strategi dan menghampiri sasaran perpindahan."

Rumor perpindahan Samir Nasri dan Cesc Fabregas masih tidak reda tetapi Gazidis mengatakan tujuan utama kelab adalah memperkuat di sektor-sektor tertentu.

"Kami sudah mengetahui di mana kelemahan pasukan," lanjutnya.

"Secara kewangan, pasukan ini berada dalam keadaan yang sangat kuat. Kami memiliki wang untuk membawa pemain."

"Arsenal tidak akan berdiam diri dan hanya menggunakan pemain yang sedia ada. Wang untuk perbelanjaan itu ada."

"Perkara yang paling penting untuk diketahui adalah kelab tidak melakukan aktiviti perpindahan hanya kerana desakan orang ramai. Kami hanya fokus bekerja demi meningkatkan kualiti permainan pasukan," akhirnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)