Galatasaray sedia rampas Emmanuel Eboue

Wednesday, July 20, 2011
Galatasaray yakin untuk mendapatkan khidmat Emmanuel Eboue dalam pasaran musim panas.


Oleh Tegar Paramartha

Galatasaray dikhabarkanbahawa sedang bergerak untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Arsenal Emmanuel Eboue.

The People mengkhabarkan, kelabb Turki tersebut merasa yakin dapat memperoleh Eboue setelah pemain yang berasal dari Ivory Coast tersebut ditinggalkan oleh Arsene Wenger yang menjalani jelajah pra-musim bersama Nicklas Bendtner dan Manuel Almunia.

Eboue mengalami masa sukar ketika dia mendapat layanan kurang baik dari peminat Arsenal sendiri, dia mendapat cemuhan oleh peminat semasa dirinya digantikan pada sebuah kejohanan pada tahun 2008.

Kemudian Eboue keadaan itu reda sedikit demi sedikit dan dia keluar dari episod negatif tersebut, namun selepas itu dia tidak pernah mendapat tempat utama lagi dalam skuad Arsene Wenger. Dan kerjayanya di Arsenal selama enam tahun kelihatan akan berakhir.


(Sumber: http://www.goal.com/)