Ryo Miyaichi gembira dengan rombongan jelajah

Sunday, July 17, 2011
Ryo Miyaichi mengaku mendapat sambutan hangat dari rakan-rakan seperjuangannya.


Oleh Anugerah Pamuji

Ryo Miyaichi telah melengkapkan skuad jelajah Arsenal ke Asia. Setelah kembali dari pinjaman ke Feyenoord, jurulatih Arsene Wenger tidak sabar untuk melihat aksi pemain tersebut menunjukkan taring.

Oleh yang demikian, pemain kebangsaan Jepun itu turut disertakan dalam rombongan jelajah tersebut dan Miyaichi melakukan penampilan pertamanya bersama Arsenal ketika menentang Malaysia.

Dalam perlawanan persahabatan itu, Miyaichi tampil impresif dengan beberapa kali mengancam pertahanan Malaysia dari bahagian kiri. Miyaichi berasa mata gembira kerana dapat tampil untuk pertama kali dengan jersi Arsenal.

"Saya sangat menyertai kelab besar seperti Arsenal," kata Miyaichi di Arsenal.com.

"Saya ingin lebih bersedia untuk tampil bersama kelab ini. Semua pemain menyambut saya dengan begitu mesra."

"Mereka berupaya untuk berbicara dengan saya, tetapi bahasa Inggris saya masih belum begitu baik. Walaupun begitu, saya berusaha juga untuk berbicara dalam bahasa Inggeris dengan mereka," kata Miyaichi.


(Sumber: http://www.goal.com/)