Tentang Chelsea, jurulatih Malaysia U-23 serap tektik Arsenal & Liverpool

Wednesday, July 20, 2011
Kim Swee ingin kombinasikan pemain muda dan senior dalam perlawanan nanti.


Laporan Donny Afroni dari Kuala Lumpur

Jurulatih pasukan kebangsaaan U-23 Malaysia Ong Kim Swee mendakwa bahawa dia akan menyerap tektik yang digunakan Arsenal dan Liverpool dalam perlawanan persahabatan menentang Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Khamis.

Menurut Kim Swee, komposisi yang diterapkan oleh Arsenal dan Liverpool semasa ditentang oleh pasukan kebangsaan Malaysia adalah sesuai untuk diterapkan kedalam pasukan didikannya yang sedang mempersiapkan diri menghadapi kelayakkan Olimpik 2012.

Kim Swee menyatakan bahawa  dia juga akan cuba menggabungkan pemain muda dan senior. Sembilan pemain senior yang dipanggil untuk memperkuat Malaysia U-23 diantaranya S Subramaniam, Hairuddin Omar, dan Amri Yahyah.

“Ketika pasukan senior menghadapi Arsenal dan Liverpool, kedua-dua pasukan tersebut telah menurunkan pemain muda pada babak pertama, dan pemain senior di babak kedua. Saya juga ingin memberikan kesempatan kepada pemain senior untuk menabur pengalaman mereka kepada pemain muda,” kata Kim Swee.

“Bagi para pemain, kesempatan menentang Chelsea adalah sangat baik untuk keyakinan mereka, serta meningkatkan kualiti permainan dan menimba pengalaman. Ini adalah kerana lawan yang dihadapi memiliki kualiti yang jauh lebih tinggi dari mereka.”


(Sumber: http://www.goal.com/)