Pep Guardiola minta Cesc Fabregas tidak khianati Arsenal

Wednesday, July 20, 2011
Guardiola menyatakan bahawa dia tidak mahu memiliki pemain yang melawan kelab sendiri.


Oleh Donny Afroni

Jurulatih Barcelona Pep Guardiola mengingatkan Cesc Fabregas agar tetap tenang berkaitan dengan rancangannya untuk meninggalkan Emirates. Guardiola turut meminta Fabregas agar tetap berlatih bersama Arsenal.

Akhbar the Sun melaporkan bahawa Barcelona telah mengajukan tawaran untuk kali kedua pada minggu ini, tetapi Arsenal yang tetap mempertahankan harga £40 juta, tidak menginginkan saga perpindahan berlaku pada bulan ini.

Dalam sisi lain, Fabregas kini sangat menginginkan untuk menyertai kelab lamanya, dan hanya mengikuti latihan ringan kemarin bersama bekas bintang Arsenal, Sol Campbell.

“Cesc harus melakukan apa yang diminta oleh Arsenal. Saya tidak suka jika ada salah seorang pemain saya menolak daripada mengikuti latihan hanya karena dia ingin keluar,” kata Guardiola.


(Sumber: http://www.goal.com/)