Roberto Mancini tangkis kecaman Arsene Wenger

Sunday, July 17, 2011
Roberto Mancini menjelaskan kenyatannya terhadap Samir Nasri yang menaikkan kemarahan Arsene Wenger.


Oleh Agung Harsya

Roberto Mancini merasakan bahawa dia perlu menjelaskan kenyataannya mengenai Samir Nasri yang mengundang kemarahan pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Manchester City menjadi salah satu kelab yang meminati khidmat Nasri setelah pemain berasal dari Prancis tersebut masih belum menentukan masa depan kerjayanya pada tahun terakhir dalam kontraknya bersama Arsenal. Nasri dianggap sebagai salah seorang pemain yang layak menggantikan Carlos Tevez. Wenger meradang kerana City dianggap begitu lancang dalam membicarakan mengenai pemain dari kelab lain.

"Saya berpendapat bahawa kenyataan sedemikian itu tidak seharusnya dikeluarkan. Mereka melanggar aturan asas dalam bolasepak dan sepatutnya ada yang memberitahu Mancini. Kenyataan sedemikian di luar batas, tapi saya tidak mahu membahaskannya lebih lanjut," ujar Wenger ketika Arsenal dalam jelajah ke China.

Setelah menghadapi perlawanan bersama kelab America di San Francisco, Amerika Syarikat, Mancini menyatakan balasannya.

"Saya ditanyakan tentang pemain tertentu. Saya juga jelaskan bahawa Nasri masih terikat kontrak bersama Arsenal," jelas Mancini kepada wartawan.

City mungkin akan kehilangan khidmat Tevez setelah menyatakan keinginannya yang lebih gemar tinggal berdekatan dengan keluarganya di Argentina.


(Sumber: http://www.goal.com/)