Everton ingin pinjam Nicklas Bendtner

Wednesday, July 20, 2011
Pemain berasal dari Denmark itu menjadi sasaran perpindahan Everton.


Oleh Donny Afroni

Pengurusan di Everton ingin menambah kekuatan pasukan dalam jendela perpindahan musim panas ini agar dapat mendapatkan hasil yang lebih baik berbanding pada musim 2010/11 yang berakhir dalam tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

Ketumpulan barisan hadapan membuat pasukan yang dikelolai David Moyes itu harus melakukan perubahan. Selama ini, Everton sering menekankan barisan di bahagian tengah untuk melakukan gol. Oleh kerana itu, penyerang menjadi sasaran utama Everton dalam jendela perpindahan.

Sky Sport melaporkan bahawa penyerang Arsenal Nicklas Bendtner merupakan sasaran realistik bagi Everton. Skuad the Toffes itu ingin mengajukan tawaran kepada the Gunners agar boleh meminjamkan Bendtner.

Pemain berasal dari Denmark itu sejak kebelakangan ini sering memperlihatkan sikap ingin meninggalkan Emirates sebelum jendela perpindahan ditutup akibat tidak mendapatkan peluang dalam pasukan utama.

Pengurus Arsene Wenger tidak membawa Bendtner ke dalam skuad Arsenal semasa melakukan jelajah pra-musim di Asia, dan diizinkan untuk meninggalkan kelab yang telah disertainya selama tujuh tahun itu.

Sebelum ini, Bendtner dikaitkan dengan perpindahan ke Jerman, dan Arsenal sudah tentu tidak akan melepas pemain tersebut dengan status pinjaman.


(Sumber: http://www.goal.com/)