Thomas Vermaelen: Tahun ini Arsenal mampu jadi juara

Sunday, July 17, 2011
Pemain pertahanan Arsenal itu yakin mampu mengakhiri kemarau gelaran selama enam tahun.


Oleh M Yanuar F

Arsenal diyakini mampu mengakhiri kemarau gelaran juara pada musim depan. Ini adalah berikutan keadaan pemain dan cara persembahan yang berbeza yang telah diterapkan oleh Arsenal untuk musim depan.

Thomas Vermaelen adalah salah seorang pemain yang meyakini perkara tersebut. Menurut pemain pertahan Arsenal itu, pasukannya punya potensi untuk memenangi banyak gelaran setiap musim, termasuk tahun hadapan.

"Tahun lepas saja kami hampir meraih gelaran. Empat atau lima minggu sebelum berakhir, kami masih berjuang untuk gelaran juara. Ianya sekadar hampir namun ianya memang sukar," ungkap Vermaelen.

Vermaelen menganggap bahawa musim lepas pasukannya hanya tidak bernasib baik untuk memperoleh trofi.

"Tapi saya meyakini pasukan ini melalui cara bermain kami. Saya rasa beginilah cara bermain bolasepak. Saya meyakini perkara ini. Dengan cara kami bermain, kami mampu memenangi gelaran juara.

"Mungkin tahun ini kami mampu merealisasikannya," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)