Xavi mohon maaf kepada Arsenal

Wednesday, July 20, 2011
Pemain mohon maaf, ikon Blaugrana ini tetap optimis bahawa Fabregas bakal ke Nou Camp.


Oleh Donny Afroni

Pemain Barcelona Xavi Hernandez mengajukan permohonan maaf kepada pengurus Arsenal Arsene Wenger berkaitan kontroversi kenyataannya tentang Cesc Fabregas baru-baru ini.

Sebelum ini, Xavi mendakwa bahawa dia telah berbicara dengan Cesc di Ibiza, dan mengatakan bahawa pemain berusia 24 tahun itu merasa menderita akibat keinginannya berhijrah ke Barcelona. Wenger selepas itu membalas kenyataan Xavi, dan menyebut bahawa pemain tersebut tidak menaruh rasa hormat.

“Saya mohon maaf kerana saya tidak bermaksud untuk menyerang Wenger atau Arsenal,” ucap Xavi dalam keterangannya kepada wartawan.

“Sudah jelas bahawa dia seorang pemain Arsenal, dan masih terikat kontrak [dengan mereka].”

Xavi turut menambahkan bahawa dia telah mewujudkan perselisihan dengan kelab utara London itu.

“Saya tidak mahu adanya perselisihan, kerana ianya sama sekali tidak masuk akal. Saya hanya melihat apa yang terjadi antara Cesc dan Barca, dan kita semua tahu Cesc punya keinginan untuk kembali [ke Barcelona],” kata Xavi.

Ketua pasukan Barcelona ini juga mengatakan bahawa dia memperhatikan perkembangan yang melibatkan rakannya dalam pasukan kebangsaan Spanyol itu, dan merasa yakin Fabregas akan menyertai Nou Camp pada pasaran perpindahan musim panas ini.

“Pada tahun ini Arsenal kelihatan seperti akan menjualnya berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujar Xavi.

“Semuanya bergantung kepada kesepakatan, kerana dia masih terikat dengan kontrak dan juga pemain Arsenal. Tapi saya optimist bahawa dia akan kembali pada tahun ini.”


(Sumber: http://www.goal.com/)