Peminat tidak lagi hiraukan Messi

Wednesday, July 20, 2011

ROSARIO - Sejam selepas Argentina ditunjukkan jalan keluar oleh Uruguay pada saingan Copa America, Lionel Messi terus pulang ke kampung halamannya di Rosario tanpa pengetahuan orang lain.

Walaupun dia seorang pemain bola sepak terbaik dunia, sambutan yang diterima oleh pemain Barcelona itu sangat sederhana, tetapi ia memang sepatutnya berlaku, kerana Argentina gagal menyerlah dalam kejohanan tersebut.

Penyokong seakan tidak menghiraukan pemain sebaik sahaja Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) memutuskan untuk memberi pelepasan kepada pemain selepas mereka tersingkir daripada kejohanan di sini.

Kebanyakan remaja dilihat lebih senang meniru gaya rambut bintang Brazil, Neymar dan penduduk tempatan lebih berminat beratur panjang melihat filem terakhir Harry Potter.

Rangkaian kedai Jose Bridal Wear cuba untuk membangkitkan keghairahan kejohanan tersebut dengan menggantung bendera Argentina di antara pakaian pengantin sutera.

Penganjur menggesa supaya kejohanan itu perlu dianjurkan dengan meriah di sepanjang jalan menjelang perlawanan akhir yang akan diadakan Ahad ini di ibu negara, Beunos Aires.

Ketika skuad Argentina tiba di La Plata berdekatan ibu negara Argentina, serta bandar-bandar sekitar seperti Santa Fe dan Cordoba, mereka cuba mengelak untuk pergi ke satu tempat yang dirasakan akan mendapat sambutan dingin iaitu di kampung halaman Messi, Rosario.

Ia mengambil masa selama empat jam untuk tiba di bandar tersebut dari Buenos Aires dan memberi kenangan yang amat berharga buat Argentina ketika mereka memenangi Piala Dunia pertama pada 1978, Argentina pernah beraksi di situ pada pusingan kedua.

Bagaimanapun ahli politik di La Plata telah membina sebuah stadium baru kurang sedekad yang lalu, gelanggang tersebut mengubah segalanya dan Rosario semakin dilupakan.

Ia sesuatu yang pelik, kepada pemerhati luar apabila penduduk setempat tidak kisah jika tidak terserempak dengan Messi.

Pemain berusia 24 tahun itu ke Barcelona ketika dia masih remaja dan penduduk di bandar tersebut menyanjungi Messi sebagai pemain terbaik dunia tetapi mereka tidak menganggap dia adalah sebahagian daripada mereka. - AFP


(Sumber: http://www.utusan.com.my/)