City ancaman terbesar United

Wednesday, July 20, 2011

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Manchester City sebagai pencabar terkini skuad The Red Devils pada musim baru nanti.

Sepanjang 25 tahun menggalas jawa- tan itu, Ferguson telah menghadapi cabaran daripada musuh tradisi United seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea.

Begitupun, pengendali veteran itu kini menganggap City sebagai ancaman terbesar buat pasukan itu.

Musim lalu, City menjuarai Piala FA dan berjaya memecah kelompok empat kelab utama England itu dengan mena- matkan saingan liga di tempat ketiga di belakang Chelsea.

"City telah memberikan saingan yang cukup baik pada dua musim terakhir ini. Dahulu mereka hanyalah kelab divisyen dua dan tidak pernah dianggap penca- bar utama kami.

"Saban tahun kami hanya bersaing sama ada dengan Arsenal, Chelsea atau Liverpool. Tetapi tidak banyak perubahan apabila salah satu daripada mereka sentiasa akan menjadi pencabar utama kami," kata Ferguson.

Selain itu, Ferguson berkata, kejaya- an City menjuarai Piala FA musim lalu selepas 35 tahun kemarau kejuaraan telah memberikan tambahan lonjakan semangat buat anak-anak buah Roberto Mancini itu untuk terus memburu kejuaraan musim ini.

"Apabila memenangi sesuatu kejuaraan, ia pasti akan memberi satu sema- ngat dan keyakinan kepada sesuatu pasukan itu.

"Pengurus akan kurang sedikit teka- nannya, manakala para pemain akan beraksi dengan lebih keyakinan.

"Jadi kami menjangkakan City bakal menjadi pencabar utama untuk saingan musim baru nanti," jelas Ferguson.

Dalam pada itu, Ferguson turut mengakui, David de Gea perlu bersaing de- ngan penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard untuk menyarung jersi No. 1 United musim depan. - Agensi


(Sumber: http://www.kosmo.com.my/)