Arsenal selesaikan perpindahan Gervinho

Wednesday, July 20, 2011
Pemain penyerang Lille OSC musim lepas kini rasmi sertai Arsenal.


Oleh M Yanuar F

Setelah perbincangan panjang dan tersekatnya proses perpindahan, Gervinho akhirnya rasmi menyertai Arsenal untuk musim depan.

Kelab mengumumkan melalui laman rasminya bahawa Gervinho telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal.

Pihak kelab tidak menyatakan informasi mengenai nilai perpindahan yang dibayar Arsenal kepada Lille untuk mendapatkan Gervinho, namun media Inggeris melaporkan bahawa nilai perpindahannya mencapai 11 juta poundsterling.

Penyertaan Gervinho bersama Arsenal disambut baik oleh Arsene Wenger, pengurus Arsenal. Menurutnya, Gervinho mampu menunjukkan kemampuannya dalam beberapa posisi.

"Gervinho adalah pemain yang mampu bermain dalam beberapa posisi di bahagian depan," ungkap Wenger.

"Dia boleh bermain di bahagian kanan, kiri, atau menggempur dari bahagian tengah. Dia memiliki kualiti yang sangat penting menurut saya, seperti pergerakannya tanpa bola. Dia memiliki kualiti yang kami suka secara tekniknya."

Gervinho sendiri telah menjaringkan 28 gol dari 67 penampilan selama dua musim bersama Lille.

"Dia sangat baik dalam berhadapan satu lawan satu. Dia seorang yang bagus dan salah satu umpan terbaik dalam Liga Perancis," tambahnya.


(Sumber: http://www.goal.com/)